Dunia semakin pesat membangun dan teknologi juga semakin berkembang dengan munculnya pelbagai peranti pintar. Namun teknologi itu bukan terhad kepada itu sahaja kerana panggung wayang juga kini semakin maju dengan peralihan daripada penggunaan filem 35mm kepada tayangan digital sepenuhnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai 4DX, klik SINI. Bagaimanapun, teknologi 4DX telah diperkenalkan oleh rangkaian pawagam di Korea Selatan iaitu CJ CGV pada tahun 2009 dan pada tahun 2015 teknologi ini sudah dipakai di 30 negara dan ia masih berkembang. Dengan banyak negara-negara maju seperti Amerika Syarikat baru sahaja mempunyai pawagam dengan teknologi 4DX pertengahan tahun lalu dan United Kingdom pada Januari lalu, ia amat mengejutkan apabila kebanyakan negara di Asia termasuk Thailand dan Kemboja telah menggunakan teknologi 4DX sebelum negara Barat. Kini teknologi 4DX dilihat semakin berkembang dan banyak pawagam-pawagam akan menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, CJ 4DPlex baru sahaja memperkenalkan tiga kesan khas baru pada April lalu ketika pameran CinemaCon di Las Vegas. Penonton kini ditawarkan pengalaman menonton wayang yang berbeza dengan merasai kesan khas seperti salji, ribut dan angin panas ketika menonton. 4DX juga mempunyai kesan khas air, kabus, angina, udara, pengcahayaan, buih, 'ticklers', bau dan gegaran.
Untuk menceritakan pengalaman menonton dalam pawagam 4DX. Kami baru-baru ini telah berkesempatan untuk menonton filem "Mad Max: Fury Road" di Major Cineplex, Aeon Shopping Mall Phnom Penh dan yang mana kami yakin teknologi ini akan terus kekal terutamanya apabila menonton filem yang penuh aksi seperti filem ini. Apabila enjin dihidupkan, kerusi kami bergegar, dan apabila kereta tersebut mula bergerak dari kiri ke kanan kami juga dapat merasainya. Malah kerusi ini juga boleh berpusing 180 darjah apabila kereta tersebut melakukan 'drift'. Mungkin antara kesan khas 4DX yang terbaik adalah ketika babak ribut pasir kerana kesan khas angin memang betul-betul kuat (dan juga sejuk), malah muka anda akan berasa seperti dituip dengan pasir. Selain itu, penggunaan lampu untuk menghidupkan babak petir juga ada. Kesan khas 4DX boleh dikatakan akan diguna sepanjang tayangan filem tersebut. Oleh itu, walaupun tiket di Major Cineplex Phnom Penh berharga ASD12 (sekitar RM45), ia pastinya berbaloi. Selain "Mad Max", filem bencana alam terbaru "San Andreas" kini sudah pun mula ditayangkan dan ini adalah masa yang sesuai untuk merasai sendiri kesan khas 4DX. Filem lain yang akan ditayangkan dalam format 4DX adalah "Jurassic World" dan "Minions". Selain itu filem "Mission Impossible: Rouge Nation" dan "Marvel's Ant-Man" dijangka akan turut ditayangkan dalam format 4DX.
Memandangkan teknologi 4DX ini berasal dari Asia, maka tidak hairanlah benua Asia akan menggunakan teknologi ini terlebih dahulu daripada Barat. Selepas Korea Selatan memperkenalkan teknologi 4DX pada tahun 2009, salah satu negara pertama yang menggunakan teknologi ini adalah Thailand pada tahun 2011 menerusi kerjasama antara CJ CGV dan pawagam di Thailand, Major Cineplex yang mana tayangan 4DX pertama adalah "Transformers: Dark of the Moon". Major Cineplex kemudian telah melebarkan perniagaan mereka di Kemboja pada tahun 2014 dan membawa masuk teknologi 4DX di sana sekaligus menaikkan industri pawagam di sana selepas tayangan filem "Guardian of the Galaxy". Dengan harga tiket sekitar RM45, tiket 4DX di Kemboja merupakan antara yang termurah di dunia kini. Pada masa sama, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa akan ada lebih banyak dewan pawagam 4DX di Kemboja pada masa hadapan, samada pada hujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Malah terdapat juga laporan yang mengatakan CGV akan membawa teknologi 4DX ke Malaysia tidak lama lagi. Sejak pertengahan 2013 iaitu ketika tayangan filem "Percy Jackson: Sea of Monsters", operator pawagam di Indonesia, Blitzmegaplex kini sudah mempunyai empat dewan tayangan 4DX. Selain itu, CJ CGV juga dikatakan akan memperkenalkan teknologi tersebut di negara kedua terbesar pasaran filem di dunia, China. Pada 14 April 2012, CGV menerusi penggabungan dengan Megastar telah membuka dewan pawagam 4DX pertama dengan menayangkan filem "Titanic 3D". Tidak terhenti di situ saja, CJ juga kini dikaitkan akan membuat perjanjian dengan operator pawagam terbesar di dunia China's Dailan Wanda Group untuk melancarkan lima lagi pawagam yang mana bermula dengan Dailan China pada Februari 2015. Negara seperti Jepun dan Vietnam juga mempunyai pawagam 4DX yang mana telah diperkenalkan pada 2013 menerusi filem "Iron Man 3" dan pada tahun 2014 dengan "I, Frankenstein", sementara Malaysia dijangka akan mempunyai pawagam 4DX apabila CGV akhirnya akan membuka pawagam mereka di Empire Damansara pada tahun 2016.
Amerika Syarikat mula memperkenalkan pawagam 4DX di Regal L.A. Live in Los Angeles pada 26 Jun 2014 dengan "Transformers: Age of Extinction" selepas satu perjanjian antara CJ CGV dan AEG Entertainment dimeterai. Dengan harga tiket yang berharga USD30 (sekitar RM112) ia dilihat agak mahal, namun menurut laporan dari Variety, penonton tidak menrungut malah dewan 4DX sentiasa penuh pada hujung minggu. Selepas kebanyakan negara di Asia memperkenalkan teknologi 4DX, United Kingdom turut memperkenalkan pawagam 4DX pertama mereka di Cineworld Milton Keynes pada 30 Januari 2015 dengan menayangkan filem "Kingsman" The Secret Service". Menariknya, harga tiket 4DX di UK adalah kedua termahal di dunia iaitu berharga 14 pounds (sekitar RM81) selepas A.S. Pawagam terbaru 4DX telah dibuka di Cinema City, Romania dengan tayangan "Mad Max: Fury Road" pada 19 Mei 2015. Tiket berharga 10 Euro atau sekitar (RM42). Antara negara lain yang mempunyai pawagam 4DX termasuk Mexico ("Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides", 2011), Brazil ("Ice Age: Continental Drift", 2012), Peru ("Rise of the Guardians", 2012), Guatemala ("The Hobbit: The Desolation of Smaug", 2013), Taiwan Taiwan ("Man of Steel", 2013), Chile ("Turbo", 2013), Venezuela ("Frozen", 2013), Philippines ("The Amazing Spider-Man 2", 2014), United Arab Emirates ("The Hobbit: The Desolation of Smaug", 2013) dan Israel ("The Amazing Spider-Man", 2012). To read this article in English, click HERE