Filem yang akan ditayangkan di pawagam sepanjang Julai ini | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Filem yang akan ditayangkan di pawagam sepanjang Julai ini

Penulis: Ashraf Nasser

Filem manakah yang anda akan tonton pada bulan Julai ini?
Filem manakah yang anda akan tonton pada bulan Julai ini?

Orang ramai terutamanya penggemar filem teruja dan tidak sabar untuk kembali ke pawagam berdekatan selepas pihak kerajaan telah membenarkan pawagam di seluruh negara untuk beroperasi semula bermula 1 Julai ini.

Walaupun dibenarkan untuk kembali beroperasi, namun pihak pawagam di seluruh negara perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti hanya 250 orang sahaja dibenarkan untuk tonton dalam satu-satu masa, penjarakan sosial kerusi dalam panggung, panggung perlu dibersih dan disanitasi setiap kali selesai tayangan dan beberapa lagi SOP yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun SOP itu bukanlah untuk menyusahkan pihak pawagam mahu pun pengungjung, sebaliknya demi keselamatan dan kesihatan mereka yang ke pawagam.

Jadi bersempena dengan pembukaan semula pawagam di seluruh negara pada Julai ini, jom lihat senarai filem terbaru dan juga filem yang tayangan semula yang akan ditayangkan sepanjang bulan depan.

TAYANGAN FILEM TERBARU

Low Season

Berkisarkan mengenai seorang gadis yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus bercuti ke sebuah resort untuk tenangkan fikiran, namun sebaliknya berlaku termasuklah jatuh cinta dengan seorang penulis skrip cerita seram.

Tarikh tayangan: 1 Julai

Train to Busan (Extended Version)

Memandangkan filem sekuel bakal ditayangkan pada bulan sama, apa kata 'refresh' memori anda dengan menonton filem ini. Walaupun anda pernah tonton "Train To Busan" sebelum ini, namun anda perlu tonton filem terbaru ini kerana ia adalah versi tambahan yang akan paparkan babak yang tidak ditampilkan pada versi asal.

Tarikh tayangan: 1 Julai

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna

Filem terbaru Digimon ini akan berlatarkan pada tahun 2010 apabila Taichi kini sudah meningkat remaja dan rakan-rakannya juga sudah ada kehidupan masing-masing. Bagaimana kemunculan seekor Digimon bernama Eosmon telah menimbulkan masalah. Taichi dan rakan-rakan perlu menumpaskan Eosmon dan pada masa sama mendapat tahu bahawa Digimon mereka akan lenyap apabila DigiDestined-nya meningkat dewasa.

Tarikh tayangan: 1 Julai

The Bridge Curse

Sekumpulan pelajar universiti cuba membuat dokumentari di sebuah lokasi jambatan yang dihantui oleh roh seorang gadis yang mati bunuh diri di situ akibat patah hati. Tujuan utama mereka adalah untuk melihat samada hantu itu benar-benar wujud atau pun tidak.

Tarikh tayangan: 1 Julai

Howling Village

Apabila abang Kanae iaitu Yuma bersama kekasihnya Akina mencabar diri untuk pergi ke Kampung Inunaki yang terkenal dengan kisah-kisah seram. Ketika berada dalam hutan itu, Akina telah membunuh diri kerana hilang kewarasan. Yuma kemudian telah pergi semula ke kampung itu bersama rakan-rakannya namun dia kemudian didapati hilang. Kanae yang merupakan seorang ahli psikologi dan mempunyai deria keenam ambil keputusan untuk selidik misteri dan sejarah kampung tersebut.

Tarikh tayangan: 9 Julai

My Hero Academia: Heroes Rising

Deku dan pelajar-peljar kelas 1-A U.A. Academy Class telah dihantar ke sebuah pula untuk projek melatih hero generasi baru atas arahan All Might. Bagaimanapun ketika mereka berada di sana, mereka diganggu oleh penjahat yang diketuai Nine yang memusnahkan kemudahan di pulau itu. Kini, Deku, Bakugo dan pelajar-pelajar lain perlu bergabung tenaga untuk tumpaskan Nine dan selamatkan penduduk pulau itu.

Tarikh tayangan: 9 Julai

Baba Yaga: Terror of the Dark Forest

Egor bersama ibu bapa dan adiknya telah berpindah ke sebuah pangsapuri di pinggir bandar. Dia mula perasaan sesuatu tidak kena pada pengasuh adik perempuannya yang baru lahir, namun kedua ibu bapa tidak percaya padanya. Satu hari pengasuh itu hilang bersama adiknya dan ibu bapa Egor seperti lupa bahawa mereka ada anak perempuan. Egor meminta bantuan rakan-rakan untuk siasat dan mendapati pengasuhnya itu adalah iblis Slavic purba yang dikenali sebagai Baba Yaga.

Tarikh tayangan: 9 Julai

The Sonata

Seorang pemain viola Rose telah mewarisi sebuah rumah agam daripada mendiang bapanya. Ketika berada di rumah itu dia terjumpa karya terakhir bapanya iaitu kertas muzik penuh dengan symbol aneh. Dengan bantuan ejen dan pengurusnya, dia berjaya mentafsir simbol dan merungkai rahsia silam bapanya dan tanpa sengaja menghidupkan kuasa gelap yang menakutkan.

Tarikh tayangan: 16 Julai

Train to Busan 2: Peninsula

Empat tahun selepas kejadian dalam "Train To Busan", seorang anggota tentera Jung-seok terselamat daripada daripada wabak itu ketika menjalankan satu operasi rahsia. Dia kemudian telah bertemu dengan sekumpulan manusia yang terselamat dan kini mereka perlu bersatu untuk berjuang meneruskan hidup.

Tarikh tayangan: 16 Julai

Psiko – 4 Mantan

Empat wanita iaitu Sara, Airin, Rachel dan Amara merupakan bekas teman wanita kepada seorang lelaki bernama Alex. Satu tragedi telah menemukan mereka iaitu apabila Alex mati. Setiap daripada mereka menerima surat daripada Alex yang menyatakan jika mereka terima surat itu selepas kematiannya, maka salah seorang daripada adalah pembunuh.

Tarikh tayangan: 23 Julai

I Still Believe

Sebuah naskhah yang diangkat dari kisah sebenar mengenai kehidupan bintang muzik Kristian iaitu Jeremy Camp. Ia memaparkan perjalanan hidupnya yang penuh dengan suka duka sekaligus membuktikan dalam apa jua keadaan, masih ada sinar harapan.

Tarikh tayangan: 23 Julai

Unhinged

Berkisarkan mengenai seorang ibu tunggal bernama Rachel dalam keadaan tergesa-gesa ke tempat kerja dan ketika dalam perjalanan dia membunyikan hon kereta seorang lelaki tidak dikenali. Lelaki yang tidak berpuas hati itu kemudian mula mengekori Rachel dan sejak dari insiden itu orang-orang yang rapat dengan wanita itu menjadi mangsa serangan lelaki itu.

Tarikh tayangan: 30 Julai

FILEM DITAYANGKAN SEMULA

Bloodshot

Selepas dihidupkan semula oleh sepasukan saintis rahsia, Ray Garrison kini menjadi seorang tentera yang mempunyai kuasa luar biasa. Bagaimanapun rancangan saintis itu tidak seperti yang dirancang apabila Ray mula bertindak sendirian untuk memburu orang yang membunuhnya.

Ip Man: The Finale

Kali ini Ip Man mengembara ke San Francisco untuk mencari sekolah untuk anak lelakinya, tetapi kedatangannya tidak dialu-alukan sebagaimana anak muridnya telah membuka sekolah Wing Chun di sana dan ia tidak disenangi oleh komuniti seni mempertahankan diri di situ.

Fast & Furious: Hobbs & Shaw

Luke Hobbs dan Deckard Shaw perlu mengenepikan perbezaan mereka demi menumpaskan anarkis siber genetik bernama Brixton.

Baaghi 3

Tiger Shroff kembali sebagai Ranveer "Ronnie" Chaturvedi dalam filem ketiga "Baaghi", yang mana dia kali ini perlu menyelamatkan adiknya Vikram yang diculik.

Bigil

Filem aksi sukan Tamil ini berkisarkan mengenai bekas pemain bola sepak yang telah mengambil tugas sebagai jurulatih pasukan bola sepak wanita dan bergelut untuk mencapai kejayaan.

Trolls World Tour

Dalam sekuel "Trolls", Poppy dan Branch menemui dunia Troll lain dan perlu bergabung untuk menumpaskan ancaman misteri.

Onward

Dua beradik Ian dan Barley Lightfoot cuba untuk menghidupkan semula bapa mereka menggunakan sihir tetapi sebahagian tubuh bapa mereka sahaja yang muncul. Kini mereka perlu mencari jalan untuk memulihkan bapanya mereka dengan cepat.

Walk With Me

Filem arahan Ryon Lee ini berkisarkan seorang wanita muda yang meminta bantuan patung misteri untuk berdepan dengan masalah dalam hidupnya. Dia kemudian merasakan patung itu yang bertanggungjawab ke atas kematian pembulinya.

The Invisible Man

Elisabeth Moss menjayakan watak sebagai Cecilia, iaitu seorang wanita yang bergelut untuk membuktikan cintanya kepada bekas teman lelaki kejam yang kini menemui cara untuk menjadi halimuman dan menyeksanya.

Walter

Filem aksi thriller jenayah Tamil ini dibintangi oleh Sibiraj sebagai watak utama pegawai polis yang menyiasat penyeludupan kanak-kanak di pekan kecilnya.

Pee Nak 2

First dan Ballon secara rahsia telah meninggalkan kehidupan sebagai sami selepas menunaikan nazar mereka tetapi kini terdapat hantu baru yang menghantui mereka sekaligus memaksa mereka kembali ke kuil itu untuk perlindungan.

Jodoh Syaitan

Megat pulang ke kampung halaman untuk berkahwin, sementara rakannya pula membantu Tok Chai menjadi mayat wanita untuk dihidupkan semula sebagai isterinya.

Rasuk 2

Untuk menghentikan roh dari menghantuinya, Isabella seorang pelatih kesihatan perlu membantu roh menyelesaikan satu kematian misteri.

Fantasy Island

Walaupun Roarke membuatkan impian tetamu di pulaunya menjadi kenyataan, bagaimanapun mereka mula mengetahui fantasi hanya indah dari khabar apabila mereka mula berdepan situasi ngeri.

Jumanji: Welcome to the Jungle

Selepas menjumpai satu permainan video lama, empat remaja telah 'termasuk' dalam dunia permainan video itu dan perlu habiskan permainan itu untuk keluar.

Jumanji: The Next Level

Dalam sekuel ini, empat remaja kembali bersatu dalam permainan video untuk menyelamatkan salah seorang daripada mereka, tetapi mereka mendapati watak permainan mereka bertukar-tukar.

Spider-Man: Homecoming

Tom Holland kembali menghidupkan wataknya sebagai Peter Parker, yang mendapati dirinya perlu berdepan dengan musuh baru sebagaimana dia baru sahaja menyesuaikan diri sebagai pelajar sekolah tinggi dan sebagai adiwira.

Spider-Man: Far from Home

Tom Holland sekali lagi menghidupkan watak adiwira, yang mana kali ini dia telah direkrut oleh Nick Fury untuk bergabung dengan Mysterio untuk menumpaskan Elementals.

Venom

Dibintangi Tom Hardy sebagai wartawan Eddie Brock yang kemudian secara tidak sengaja menjadi 'hos' kepada symbiote makhluk asing yang dipanggil Venom.

Cinema Online, 30 Jun 2020

Filem Berkaitan:
Unhinged (30 Jul 2020) [Trailers]
I Still Believe (Not Showing)
Psiko - 4 Mantan (Indonesian) (23 Jul 2020) [Trailers]
Train To Busan Presents Peninsula (Korean) (16 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]
The Sonata (23 Jul 2020) [Trailers]
Low Season (Thai) (01 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]
Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna (Japanese) (01 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]
The Bridge Curse (Mandarin) (02 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]
My Hero Academia: Heroes Rising (Japanese) (09 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]
Baba Yaga: Terror Of The Dark Forest (09 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]


Waktu Tayangan