Pawagam Malaysia kembali beroperasi! Berikut tarikh pembukaan semua pawagam | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Rencana

Pawagam Malaysia kembali beroperasi! Berikut tarikh pembukaan semua pawagam

Penulis: Florey DM

Pawagam sudah bersedia untuk menyambut semula kedatangan pengunjung pada Julai ini!
Pawagam sudah bersedia untuk menyambut semula kedatangan pengunjung pada Julai ini!

Sebagaimana diumumkan oleh kerajaan minggu lalu, pawagam di Malaysia akan dibenarkan untuk kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020, selepas ditutup buat sementara waktu iaitu selama tiga bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac.

Setiap pawagam perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diluluskan oleh kerajaan, yang mana ia termasuk penjarakan kerusi dalam panggung, menyediakan cecair pembasmi kuman, semakan suhu badan, 1 meter penjarakan sosial ketika berbaris, dan menyarankan pengungjung memakai pelitup muka. Kesemua pawagam akan mengikut SOP yang diluluskan dan tidak akan tambah sebarang SOP sendiri, jadi pengunjung tidak perlu risau perlu ikut SOP berbeza tidak kira di pawagam yang mereka pergi.

Bagaimanapun, tidak semua pawagam yang akan dibuka pada 1 Julai, jadi jom lihat di bawah kesemua tarikh pembukaan pawagam di Malaysia.

Golden Screen Cinemas (GSC)

(Sumber foto: GSC)

Tarikh pembukaan semula: 1 Julai

Kesemua lokasi GSC di Malaysia akan dibuka pada Rabu ini, kecuali dua lokasi yang tidak didedahkan. Pengunjung juga boleh menarik nafas lega apabila tiada kenaikan harga tiket.

"Walaupun kapasiti terpaksa dikurangkan sehingga 50%, kami tidak merancang untuk menaikkan harga tiket. Keutamaan ketika ini adalah kesihatan dan keselamatan pelanggan kami dan memberikan jaminan kepada mereka untuk kembali pawagam dengan SOP yang dikeluarkan. Malah kami juga akan menawarkan pakej menarik untuk pelanggan GSC apabila mereka kembali. Tiket filem akan bermula pada harga serendah RM5," ujar Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee kepada Cinema Online.

Seperti yang dapat dilihat di atas, filem-filem yang akan ditayangkan adalah dari filem terbaru dan juga filem yang ditayangkan semula. Pawagam juga akan beroperasi dengan waktu operasi baru. Bagaimanapun Koh berkata jadual waktu operasi akan ditentukan berdasarkan permintaan pelanggan.

mmCineplexes

(Sumber foto: mmCineplexes)

Tarikh pembukaan semula : 3 Julai "Kami akan membula semula pawagam pada 3 Julai 2020 sebagaimana kami mahu ambil masa untuk berlatih dengan Pasukan Operasi untuk ikut langkah keselamatan baru. Ia juga pada hari Jumaat yang mana ia permulaan yang bagus untuk hujung minggu," kata Pengarah Pemasaran dan Pembangunan mmCineplexes iaitu Jason Teo apabila ditanya mengapa pihaknya ambil keputusan untuk mula beroperasi sedikit lewat daripada tarikh yang dibenarkan.

MmCineplexes kini sedang dalam fasa akhir menentukan senarai filem yang akan ditayangkan tetapi pelanggan pasti gembira dengan tawaran menarik iaitu:

- RM5 Tiket setiap hari untuk filem yang ditayangkan semula
- RM5 Popcorn Kombo
- Baucer Filem
- Shopee 'Deal'
- Fave eCards 'Deal'

MBO Cinemas

(Sumber foto: MBO Cinemas)

Tarikh pembukaan semula : 1 Julai (kecuali 4 lokasi)

MBO Cinemas di seluruh negara akan kembali beroperasi bermula Rabu ini, kecuali empat lokasi berikut: MBO Cinemas Harbour Place, MBO Cinemas U Mall, MBO Cinemas Space U8 Mall dan MBO Cinemas Melaka Mall.

"Tiada tarikh pembukaan ditetapkan lagi untuk empat lokasi," ujarnya Ketua Pegawai Operasi MBO Cinemas iaitu Mr. Cheah Chun Wai.

Harga tiket akan dikurangkan untuk filem yang ditayangkan semula, termasuk filem yang dibintangi Vin Diesel "Bloodshot", Leigh Whannell "The Invisible Man", seram komedi "Jodoh Syaitan" dan filem animasi "Trolls World Tour" dan "Onwards".

Harga tiket standard akan dikenakan pada filem terbaru seperti "Kaiji: Final Game", "Low Season", "The Bridge Curse" dan banyak lagi.

TGV Cinemas

(Sumber foto: TGV Cinemas)

Tarikh pembukaan semula: 1 Julai (30 lokasi), 9 Julai (6 lokasi), 16 Julai (TGV Cinemas Tasek Central)

30 daripada 36 pawagam TGV Cinemas di seluruh negara akan dibuka pada minggu ini. 6 lokasi selebihnya akan dibuka pada minggu hadapan adalah TGV AEON Bukit Tinggi, TGV AEON Bukit Raja, TGV AEON Cheras Selatan, TGV AEON Kinta City, TGV Encorp Strand dan TGV Cheras Sentral.

Faktor mengapa 6 lokasi itu dibuka lewat sedikit adalah kerana kerja-kerja menaik taraf pencahayaan dan membaiki sedang dilakukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai kepada Cinema Online.

Pengunjung yang ke lokasi TGV dibuka dapat menonton filem yang ditayangkan semula seperti "Bloodshot", "Trolls World Tour", "The Invisible Man" dan "Fantasy Island" pada harga RM8 sahaja. Sementara itu, tayangan semula filem tahun 2019 adalah "Jumanji: The Next Level", "Ip Man 4" dan "Star Wars: The Rise of Skywalker" pula akan berharga RM5 sahaja.

"Kami juga akan mengurangkan jumlah sesi tayangan," ujar Yeoh Oon Lai. "Pembersihan di antara sesi tayangan akan mengambil masa 20-25 minit tetapi ketika fasa awal pembukaan, ia akan mengambil masa yang lebih lama." Katanya perkara itu dibuat bagi memastikan setiap panggung dibersihkan dengan betul.

Berita gembira, lokasi baru akan dibuka tidak lama lagi! Penduduk di Johor Bahru akan dapat menonton filem kegemaran mereka di TGV Cinemas Tasek Central yang akan dibuka pada 16 Julai.

LFS Cinemas

((Sumber foto: LFS Cinemas)

Pawagam lain di seluruh negara

(Sumber foto: Emperor Cinemas Malaysia)

Selain daripada lokasi yang disebut di atas, di bawah adalah tarikh pembukaan semula pawagam lain di Malaysia

1 Julai 2020

1. City Cineplex
2. Superstar Cinema
3. Cinehouse
4. Eastern Cineplex
5. Paragon Cinemas
6. Growball Cinemax
7. Womei Cineplex
8. Amerin
9. TSR Cinemax

2 Julai 2020

1. Blockbuster Cineplexes

3 Julai 2020

1. One Cinemas
2. Mega Cineplex

9 Julai 2020

1. Grand Cineplex

1 Ogos 2020

1. KPI

Emperor Cinemas, Max Cinemas, Boan Cinemas dan Jitra Mall Cineplex belum menetapkan lagi tarikh pembukaan semula, sementara Megalong Cineplex yang pada mulanya dijadualkan dibuka pada 1 Julai telah ditunda berikutan banjir kilat di Penampang, Sabah.

Cinema Online, 30 Jun 2020

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan