Adibah Noor anggap 'broken English' "Kampung People" pembelajaran buat penonton | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Adibah Noor anggap 'broken English' "Kampung People" pembelajaran buat penonton

Penulis: Nisa Irina


Adibah Noor akan muncul dalam "Kampung People 2" sebagai Dona.

6 Ogos – Drama rantaian yang mencetuskan fenomena tahun lalu iaitu "Kampung People" bakal kembali menghiburkan para peminat dengan musim kedua tidak lama lagi, menampilkan penyanyi dan pelakon Adibah Noor.

Menerusi musim pertama, dialog kesalahan penggunaan bahasa Inggeris atau 'broken English', yang sering disampaikan oleh watak Mona lakonan Elly Mazlein, sentiasa menjadi sebutan para peminat di media sosial sehingga ke hari ini.

Menurut Adibah, perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya kerana beranggapan ianya adalah salah satu cara untuk memberi keyakinan kepada para penonton untuk memperbaiki kesalahan ketika bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Pada diri saya sendiri, 'broken language' atau 'broken English' dalam "Kampung People 2" tidaklah memberikan kesan negatif, ia bukan sahaja menghiburkan malah membuatkan penonton mentertawakan diri sendiri akan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Secara tak langsung belajar bersama-sama.

"Apabila orang mendengar 'broken English' dalam "Kampung People", mereka tahu ia salah, secara tak langsung akan cakap pada diri sendiri bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik sebab tahu apa yang dituturkan dalam "Kampung People" adalah salah," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu, Adibah pernah membintangi drama bersiri komedi pendidikan "Oh My! English" terbitan Astro, sebagai watak guru besar iaitu Puan Hajar yang sering mengajar dan memperbetulkan kesalahan penggunaan bahasa Inggeris para pelajarnya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, penyanyi lagu "Terlalu Istimewa" itu akan menjayakan watak baru iaitu ibu kepada Mona bernama Dona. Baru-baru ini Adibah telah pun berkongsikan foto 'teaser' watak Dona di laman Twitter miliknya.

"Kampung People 2" akan menampilkan semula pelakon-pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Ia bakal bersiaran menerusi saluran TV3 bermula September depan.

(Sumber foto: Adibah Noor Instagram)

Cinema Online, 06 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Mencari Rahmat (Malay) (31 Dec 2020)
Hoore! Hoore! (Malay) (24 May 2012)


Waktu Tayangan