"BoBoiBoy" berjaya takluk pawagam Turki | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"BoBoiBoy" berjaya takluk pawagam Turki

Penulis: Ashraf Nasser

Terbukti Malaysia mampu menghasilkan animasi setanding Hollywood.
Terbukti Malaysia mampu menghasilkan animasi setanding Hollywood.

4 Ogos – Selepas berjaya mencetuskan fenomena dia rantau Asia, animasi tempatan terbitan Animonsta Studios (Monsta) terus mendapat pengiktirafan dan permintaan dari serata dunia termasuklah yang terbaru iaitu negara Turki.

Dua buah filem "BoBoiboy" iaitu "BoBoiBoy The Movie" dan "BoBoiBoy Movie 2" bakal ditayangkan di pawagam di sana.

Selain filem, studio animasi tempatan itu juga dikatakan dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri "BoBoiBoy" dan "BoBoiBoy Galaxy" ke televisyen juga.

Menerusi satu kenyataan rasmi daripada Monsta, kedua-dua filem "BoBoiBoy" itu akan dialih bahasa ke dalam Bahasa Turki untuk penonton di sana dapat mengenali watak adiwira kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi.

Terdahulu, animasi kebangaan Malaysia ini telah berjaya menembusi lebih 70 buah negara seperti di Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Monsta menjelaskan mereka akan terus komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia berkualiti tinggi dan berharap dengan tayangan animasi "BoBoiBoy" di Turki akan diterima baik kerana animasi itu sarat dengan aksi, komedi dan hiburan untuk seisi keluarga.

Cinema Online, 04 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
BoBoiBoy Movie 2 (Malay) (08 Aug 2019)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan