Elisya Sandha terus kukuhkan nama dalam dunia lakonan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Elisya Sandha terus kukuhkan nama dalam dunia lakonan

Penulis: Ashraf Nasser

Elisya Sandha tak perlu bergantung kepada populariti kakaknya, sebaliknya kejayaan yang dikecapi adalah atas usahanya sendiri.
Elisya Sandha tak perlu bergantung kepada populariti kakaknya, sebaliknya kejayaan
yang dikecapi adalah atas usahanya sendiri.

6 Ogos – Pelakon Elisya Sandha terus mengukuhkan namanya dalam industri seni tempatan tanpa bergantung kepada statusnya sebagai adik kepada pelakon tersohor tanah air iaitu Fasha Sandha apabila dia terus dibanjiri tawaran berlakon selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Alhamdulillah, selepas PKP, tawaran demi tawaran mula datang antaranya drama Misteri Mona". Drama bergenre psiko thriller arahan Amor Rizan menampilkan saya, Janna Nick dan Ruzana Ibrahim.

"Saya tak boleh nak tolak kerana cerita ini sangat menarik, walaupun hanya lapan episode. Ia lain daripada yang lain," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan berkata dia tidak suka untuk memberi banyak komitmen dalam satu-satu masa sebaliknya lebih selesa fokus pada satu persatu supaya dapat berikan lakonan mantap.

Pelakon berusia 21 tahun itu turut meluahkan hasratnya untuk menjayakan watak antagonis pula selepas ini apabila dia sering menjayakan watak baik sahaja.

Sementara itu, selain berlakon pelakon "Anak Mami Nasi Kandaq" turut mendedahkan dia bakal mengeluarkan produknya sendiri tidak lama lagi.

Elisya bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai produknya sebaliknya berkata ia akan diumumkan di laman sosial Instagram miliknya tidak lama lagi.

(Sumber foto: Elisya Sandha Instagram)

Cinema Online, 06 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Anak Mami Nasi Kandaq (Malay) (06 Jul 2016)
Hero: Jangan Bikin Panas (Malay) (03 Oct 2019)


Waktu Tayangan