Ibu Hrithik Roshan, Pinkie positif COVID-19 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ibu Hrithik Roshan, Pinkie positif COVID-19

Penulis: Nisa Irina

Semua ahli keluarga Hrithik Roshan akan mengambil ujian saringan COVID-19.
Semua ahli keluarga Hrithik Roshan akan mengambil ujian saringan COVID-19.

24 Okt – Ibu kepada bintang Bollywood terkenal Hrithik Roshan, iaitu Pinkie Roshan disahkan positif wabak COVID-19 dan kini mengkuarantinkan dirinya di kediaman mereka di Khandala.

Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya, Rakesh Roshan, yang juga pembikin filem dan aktor Bollywood veteran, menerusi laporan The Indian Express pada Khamis.

"Pinkie tidak mengalami sebarang simptom (asimtomatik) dan dia sedang mengkuarantin diri di rumah. Dia juga akan membuat satu lagi ujian saringan pada Jumaat," katanya.

Difahamkan virus itu telah menjangkitinya kira-kira dua minggu lalu dan doktor memaklumkan rutin kecergasan yang diamalkan oleh Pinkie sedikit sebanyak membantu mengawal virus tersebut.

Sehubungan dengan itu, anak perempuan Pinkie, Suhaina dan cucunya Sunarika yang turut tinggal di kediamannya, serta ahli keluarga lain akan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil ujian saringan.

Dalam perkembangan lain, Pinkie baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67 pada Khamis, di mana keluarganya telah mengadakan sebuah majlis kecil di kediaman mereka.

(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: India TV News)

Cinema Online, 24 Okt 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan