Filem 'live-action' "Keluang Man Zero" masih belum terkubur | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem 'live-action' "Keluang Man Zero" masih belum terkubur

Penulis: Nisa Irina

Mungkinkah filem "Keluang Man Zero" akan mula produksi pada 2021?
Mungkinkah filem "Keluang Man Zero" akan mula produksi pada 2021?

16 Nov – Berita gembira buat para peminat yang masih ternanti-nantikan filem adiwira "Keluang Man Zero" yang diadaptasi dari siri animasi televisyen popular iaitu "Keluang Man", kerana pembikinan filem 'live action' itu masih belum terkubur.

Setelah dua tahun tiada khabar berita mengenainya, akhirnya pemilik syarikat produksi Ace Motion Pictures, Aziz M. Osman memberi gambaran bahawa filem itu berkemungkinan bakal direalisasikan.

"Buat masa ini, kami masih berbincang mengenai isu hak cipta," katanya kepada Cinema Online.

Walau bagaimanapun, barisan pelakon dan pengarah masih belum ditetapkan buat masa ini.

Terdahulu, pengarah filem tempatan yang berpengkalan di Australia, Rizal Halim telah membuat keputusan mengejut apabila dia menarik diri dari mengarah filem itu atas sebab-sebab tertentu.

Ketika filem itu diumumkan, rata-rata peminat memang tidak dapat menyembunyikan keterujaan, lebih-lebih lagi apabila poster teaser pertama turut dilancarkan yang memperlihatkan Keluang Man mengenakan kostum berwarna hitam.

Teruskan bersama Cinema Online untuk mendapatkan perkembangan terbaru "Keluang Man Zero".

Cinema Online, 16 Nov 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan