Kongsi foto 'throwback', Preity Zinta dedah punyai Ijazah Kedoktoran! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kongsi foto 'throwback', Preity Zinta dedah punyai Ijazah Kedoktoran!

Penulis: Nisa Irina

 Preity Zinta enggan letak gelaran Doktor dalam namanya sebagai tanda hormat pada para doktor.
Preity Zinta enggan letak gelaran Doktor dalam namanya sebagai tanda
hormat pada para doktor.

24 Okt – Bukan sahaja jelita dan berbakat, tetapi bintang ikonik Bollywood Preity Zinta juga membuktikan bahawa dia seorang yang bergeliga apabila berkongsikan foto 'throwback' Ijazah Kedoktorannya di laman Instagram.

Menerusi ruangan kapsyen, Preity yang terkenal dengan filem "Koi... Mil Gaya", meluahkan ucapan penghargaan buat pihak Universiti Timur London (University of East London) atas anugerah yang tidak ternilai itu.

"Lihat apa yang saya temui dalam galeri foto saya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada University of East London atas penganugerahan yang menakjubkan ini.

"Kini saya boleh bergurau dengan kawan-kawan dan mengatakan saya seorang doktor. Namun saya tak pernah menggunakan pangkat Doktor dalam nama saya sebagai tanda penghormatan buat semua doktor yang bekerja keras untuk pencapaian ini," tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Preity kini berada di Dubai bagi memeriahkan Liga Perdana India, di mana dia merupakan salah seorang pemilik pasukan kriket Kings XI Punjab yang bertanding dalam liga tersebut.

Tidak memandang mudah situasi COVID-19 yang masih belum pulih, Preity turut berkongsikan fotonya yang sudah beberapa kali menjalankan ujian saringan (swab test) sebagai langkah berjaga-jaga.

Kali terakhir Preity dilihat berlakon adalah menerusi filem "Bhaiaji Superhit" yang ditayangkan pada dua tahun lalu, yang mana ia turut dibintangi pelakon lain seperti Sunny Deol, Ameesha Patel dan Arshad Warsi.

(Sumber foto: Eastern Eye)

Cinema Online, 24 Okt 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan