Lufya Omar dedah bekas suami tak pernah jenguk anak | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Lufya Omar dedah bekas suami tak pernah jenguk anak

Penulis: Ashraf Nasser

Lufya minta bekas suami supaya tak gunakan namanya untuk glamor.
Lufya minta bekas suami supaya tak gunakan namanya untuk glamor.

14 Jul – Pelakon dan penyanyi Lufya Omar tampil menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghalang bekas suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz untuk berjumpa dengan anak selepas mereka ambil keputusan untuk bercerai.

Menurut Lufya atau nama sebenarnya Luftyah Sheikh Omar berkata demikian selepas bekas suaminya membuat kenyataan media dengan mengatakan dia juga mempunyai hak untuk berjumpa dengan anaknya.

"Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu (Hafiz) sebagai bapa. Saya tak halang dia untuk menjenguk anak, tapi dia tak datang pun.

"Mengenai anak, jangan nak berdolak dalik. Allah Maha Melihat. Jadi lelaki dan jangan cakap tak serupa bikin. Kesian kepada anak kerana masa depan dia lebih penting," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Pelakon "Sunti@Facebook" ini berkata sebelum ini dia ambil pendekatan untuk berdiam diri kerana mahu ia dibincangkan secara tertutup, tetapi apabila bekas suami mengeluarkan kenyataan dia media dia harus tampil jelaskan perkara sebenar.

Pada masa sama Lufya turut meminta bekas suaminya berhenti guna namanya untuk tujuan publisiti kerana dia seorang doktor dan bukannya artis.

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut menegaskan apa yang berlaku dalam rumah tangganya bukanlah fitnah sebaliknya dia mempunyai bukti kukuh tetapi dia enggan hebahkan.

Terdahulu, Lufya dan Che Muhammad Hafiz telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 17 Jun lalu.

(Sumber foto: Rotikaya)

Cinema Online, 14 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Sunti @ Facebook (Malay) (26 Feb 2015)


Waktu Tayangan