Sharifah Amani kesal produksi TV ambil mudah soal pelakon tempatan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sharifah Amani kesal produksi TV ambil mudah soal pelakon tempatan

Penulis: Nisa Irina

Sharifah Amani sentiasa peka dengan isu yang berlaku dalam industri hiburan tempatan.
Sharifah Amani sentiasa peka dengan isu yang berlaku dalam industri hiburan tempatan.

4 Ogos – Belum habis isu tentang segelintir stesen televisyen mengukur bakat pelakon tempatan melalui bilangan pengikut di media sosial, timbul satu lagi isu tentang syarikat produksi yang tidak menyediakan makan minum di set penggambaran.

Ia susulan seorang pengguna media sosial bernama Lyana Dee mengemukakan soalan tentang masalah berkenaan dalam kumpulan Facebook Malaysia Freelance Production Crew – TV/Film/Video.

"Saya ingin bertanaya, adakah ianya satu kewajipan untuk syarikat produksi menyediakan makan tengahari dan minuman di set penggambaran?

"Mengikut pengalaman saya selama 20 tahun dalam industri, ini adalah kali pertama tiada makanan dan minuman yang disediakan sewaktu penggambaran!" tulisnya.

Melihat kepada reaksi daripada pelakon terkenal Sharifah Amani, atau lebih mesra disapa Nani, sepertinya masalah berkenaan bukanlah sesuatu yang baru berlaku dalam industri televisyen tanah air.

"2020 dan benda macam ini masih jadi," tulisnya dengan nada kesal menerusi laman Twitter miliknya.

Kenyataan Nani disokong oleh pelakon dan penyanyi Adibah Noor yang membalas ciapannya.

"Ada. Saya baru sahaja menerima terma dan syarat yang mengatakan makanan dan minuman pelakon haruslah disediakan sendiri oleh pihak pengurusan pelakon tersebut," balas Adibah.

Terdahulu, Nani menyeru orang ramai terutamanya para peminat untuk mengikut media sosial pelakon Amerul Affendi serta para pelakon tempatan yang lain supaya mereka mudah untuk diterima bekerja.

Dalam perkembangan lain, Nani bakal mengubat rindu peminat dengan lakonannya menerusi dua filem baru yang bakal ditayangkan iaitu "Zombitopia" arahan Wong Ming Jin dan "Mencari Rahmat" arahan Al Jafree Md Yusop.

(Sumber foto: Sharifah Amani Instagram)

Cinema Online, 04 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Motif (Malay) (26 Sep 2019)
Gol Dan Gincu Vol. 2 (Malay) (25 Oct 2018)
Mencari Rahmat (Malay) (31 Dec 2020)


Waktu Tayangan