Neelofa minta doakan hijrahnya sebagai wanita berniqab | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Neelofa minta doakan hijrahnya sebagai wanita berniqab

Penulis: Nisa Irina

Neelofa tampil jelita berniqab.
Neelofa tampil jelita berniqab.

16 Okt – Pelakon, pengacara dan usahawan popular Neelofa mengejutkan ramai apabila tampil dengan perubahan barunya yang kini berniqab menerusi foto yang dikongsi menerusi laman Instagram.

Bagi menjawab persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran ramai, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor itu mengeluarkan sebuah kenyataan menerusi laman Twitter miliknya.

"Assalammualaikum. Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

"Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi. InsyaAllah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya," tulisnya.

Perkongsian Neelofa menerusi laman sosialnya dibanjiri dengan doa serta kata-kata manis daripada rakan-rakan selebriti dan para peminat yang kagum dengan penampilannya sebagai wanita berniqab.

Sementara itu, ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed mengecap kesyukuran ke hadrat Ilahi atas perubahan anak kesayangannya dan berkongsikan video bersama Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.

Terdahulu, Neelofa membuat keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya bermula bulan Ramadhan 2014.

(Sumber foto: Naelofar HQ Instagram)

Cinema Online, 16 Okt 2020

Filem Berkaitan:
Pilot Cafe (Melayu) (30 Apr 2015)
Dollah Superstar (Melayu) (02 Okt 2014)
Lemak Kampung Santan (Melayu) (08 Ogos 2013)


Waktu Tayangan