Aktres Korea Oh In Hye meninggal dunia akibat bunuh diri | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Aktres Korea Oh In Hye meninggal dunia akibat bunuh diri

Penulis: Ashraf Nasser

Oh In Hye masih bernyawa ketika ditemui namun ketika rawatan diberikan dia tidak dapat bertahan dan telah menghembuskan nafas terakhirnya.
Oh In Hye masih bernyawa ketika ditemui namun ketika rawatan diberikan dia
tidak dapat bertahan dan telah menghembuskan nafas terakhirnya.

15 Sep – Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita kematian aktres popular Oh In Hye semalam akibat bunuh diri.

Menurut laporan dari Koreaboo, aktres itu ditemui tidak sedarkan diri di kediaman miliknya oleh seorang teman pada awal pagi Isnin dan terus dikejarkan ke hospital berdekatan apabila mendapati aktres itu masih lagi bernyawa.

Bagaimanapun ketika rawatan sedang dibuat Oh In Hye tidak dapat bertahan dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 36 tahun.

"Saya berharap dia dapat atasi krisis ini. Tetapi akhirnya dia tidak sedarkan diri dan meninggal dunia," ujar teman aktres itu.

Majlis pengebumian aktres itu akan berlangsung pada 16 September secara tertutup.

Terdahulu, Oh In Hye membuat debutnya menerusi filem "Sin of a Family" pada tahun 2011.

Selepas itu, dia terus menjadi pilihan penerbit dan pengarah apabila telah membintangi beberapa filem seperti "Red Vacance Black Wedding", "The Plan", "Secret Travel", "No Breathing" dan "Eating, Talking, Faucking".

Aktres itu turut membintangi beberapa buah drama termasuklah drama popular berjudul "Horse Doctor".

(Sumber foto: entertainmentoverdose)

Cinema Online, 15 Sept 2020

Waktu Tayangan