Payal Ghosh buat pendedahan dirogol pengarah terkenal Anurag Kashyap | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Payal Ghosh buat pendedahan dirogol pengarah terkenal Anurag Kashyap

Penulis: Ashraf Nasser

Payal Ghosh desak pihak polis menangkap pembikin filem itu segera.
Payal Ghosh desak pihak polis menangkap pembikin filem itu segera.

30 Sep – Kes berkaitan kematian kontroversi pelakon Bollywood Sushant Singh Rajput belum selesai, kini dunia Bollywood dikejutkan lagi dengan berita tergempar apabila aktres popular Payal Ghosh membuat laporan polis terhadap pembikin filem terkenal Anurag Kashyap atas tuduhan merogol dan beberapa salah laku lagi.

Bagaimanapun menurut laporan dari Times of India, peguam yang mewakili aktres itu iaitu Nitin Satpute berkata anak guamnya tidak berpuas hati apabila pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan menangkap pembikin filem itu.

"Anak guam saya Payal Ghosh telah memaklumkan kepada saya sekiranya dia tidak mendapat keadilan, dia akan melakukan mogok lapar," ujarnya.

Pada masa sama Nitin juga mempersoalkan layanan 'double standard' oleh pihak polis apabila orang terkenal atau berpengaruh yang dituduh tidak ditangkap sebaliknya pihak polis sangat cepat untuk menangkap mereka yang dituduh dari golongan biasa dan miskin.

Tambahnya lagi, dia akan cuba mendapatkan maklum balas daripada polis dan mahu Anurag ditangkap dengan segera.

Dalam pada itu, Anurag dalam satu kenyataan bagaimanapun menyangkal segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Sementara itu, Payal dan dan peguamnya memohon perlindungan keselamatan daripada pihak kerajaan berikutan merasakan diri mereka kini terancam selepas membuat pendedahan mengejutkan itu.

(Sumber foto: Times of India)

Cinema Online, 30 Sept 2020

Waktu Tayangan