Penggambaran boleh diteruskan dengan SOP yang ketat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Penggambaran boleh diteruskan dengan SOP yang ketat

Penulis: Ashraf Nasser

 FINAS minta produksi untuk elak dari buat penggambaran di kawasan Zon Merah.
FINAS minta produksi untuk elak dari buat penggambaran di kawasan Zon Merah.

14 Okt – Berita gembira buat penggiat seni tanah air apabila mereka masih lagi boleh meneruskan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula berkuatkuasa hari ini 14 Oktober hingga 27 Oktober di Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.

Perkara itu telah diumumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi satu kenyataan media selepas yang turut menegaskan supaya setiap produksi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"FINAS ingin memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MKN meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan."

Bagi produksi yang mahu membuat penggambaran di luar daerah mereka perlu memohon kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui permohonan atas talian.

Pada masa sama FINAS turut meminta produksi untuk mengelak dari membuat penggambaran di kawasan Zon Merah.

Terdahulu, pihak kerajaan menerusi Menteri Kanan Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan PKPB berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Lembah Klang.

Cinema Online, 14 Okt 2020

Waktu Tayangan