Projek lakonan terbaru Azhan Rani terpaksa ditunda | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Projek lakonan terbaru Azhan Rani terpaksa ditunda

Penulis: Ashraf Nasser

Azhan Rani tak sabar mahu kembali melakukan aktiviti kegemarannya iaitu mendaki gunung selepas situasi COVID-19 semakin reda.
Azhan Rani tak sabar mahu kembali melakukan aktiviti kegemarannya iaitu
mendaki gunung selepas situasi COVID-19 semakin reda.

30 Sep – Pelakon Azhan Rani memberitahu dia sepatutnya terbang ke negeri Sabah untuk menjalani penggambaran sebuah drama berkaitan Gunung Kinabalu pada November ini, namun ia mungkin terpaksa ditunda berikutan kes COVID-19 di negeri itu meningkat naik.

Penundaan penggambaran itu juga bermakna Azhan tidak dapat melakukan aktiviti paling diminatinya iaitu mendaki bukit.

"Keadaan penularan COVID-19 di Sabah sekarang agak tinggi, jadi sekali lagi saya harus akur hasrat ingin mendaki Gunung Kinabalu tidak kesampaian juga.

"Ingatkan sebaik selesai penggambaran drama berkenaan saya jangka dapatlah naik Gunung Kinabalu lagi sekitar Disember nanti. Kiranya, tak dapat naik gunung di China, dekat Sabah pun okay," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "Lelaki Harapan Dunia" ini berkata ketika ini dia sedang sibuk dengan penggambaran drama berjudul "Hantu Van Seru" yang berlangsung di sekitar Meru, Klang.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Azhan bakal muncul dengan sebuah filem terbaru berjudul "Bikin Filem" arahan Hitler Zami yang kini sedang menunggu tarikh tayangannya di pawagam.

(Sumber foto: Azhan Rani Instagram)

Cinema Online, 30 Sept 2020

Filem Berkaitan:
Lelaki Harapan Dunia (Melayu) (27 Nov 2014)
Motif (Melayu) (26 Sept 2019)
Anak Jantan (Melayu) (30 Okt 2014)


Waktu Tayangan