Pawagam di Malaysia beroperasi semula Julai ini | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pawagam di Malaysia beroperasi semula Julai ini

Penulis: Florey DM

Pawagam perlu mematuhi SOP yang ketat sebaik sahaja ia dibuka pada bulan depan.
Pawagam perlu mematuhi SOP yang ketat sebaik sahaja ia dibuka pada bulan depan.

22 Jun – Seperti yang dimaklumkan hari ini, semua panggung wayang, atau pawagam, akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula pada bulan depan.

"Panggung wayang, panggung teater dan aktiviti-aktiviti secara langsung yang lain di Malaysia akan dibenarkan untuk menyambung operasi bermula bulan depan," ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kapasiti maksimum untuk aktiviti-aktiviti berkenaan hanya dihadkan kepada 250 atau kurang daripada jumlah itu, bergantung kepada keluasan kawasannya dan mereka perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), termasuk memakai pelitup muka, periksa suhu dan menyediakan cecair pembasmi kuman.


Warga Malaysia dapat menonton wayang semula pada bulan depan

Susulan pengumuman itu, pawagam-pawagam tempatan termasuk GSC, TGV Cinemas dan MBO Cinemas telah berkongsi berita baik tersebut menerusi laman media sosial masing-masing.


GSC pantas menyatakan yang mereka bakal kembali.


MBO Cinemas berkongsi keterujaan mereka kepada para pengikut di media sosial.


TGV Cinemas tahu inilah bagaimana para penggemar filem akan berpusu-pusu
ke pawagam sebaik sahaja ia dibuka semula.

Pengumuman itu telah dibuat kurang dari tempoh seminggu selepas kerajaan negeri Sabah mengumumkan pembukaan semula panggung wayang di Borneo pada 17 Jun. Walau bagaimanapun, semua panggung wayang di sana masih belum dibuka susulan tundaan kelulusan SOP daripada kerajaan negeri itu.

(Photo source: GSC Facebook)

Cinema Online, 22 Jun 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan