Sissy Imann elak terpalit dengan sebarang kontroversi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sissy Imann elak terpalit dengan sebarang kontroversi

Penulis: Nisa Irina

 Sissy Iman sentiasa jaga batas pergaulan diri supaya tidak keterlaluan.
Sissy Iman sentiasa jaga batas pergaulan diri supaya tidak keterlaluan.

13 Jul – Penyanyi dan pelakon Sissy Imann memberitahu dia lebih selesa ditemani ahli keluarga ke mana sahaja termasuk sebarang majlis atau acara sepanjang berada dalam industri hiburan.

Menurut Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, secara tidak langsung perkara itu juga mengelakkan namanya terpalit dengan sebarang gosip mahupun kontroversi murahan.

"Sejak mula menceburi kerjaya seni pada 2013, mereka memang sentiasa bersama saya sebagai peneman. Di mana sahaja acara hiburan yang saya kena hadir, mereka pasti ada.

"Jadi, saya sangat selesa mereka selalu ada bersama kerana berasa lebih selamat. Malah, saya juga sentiasa menjaga batas pergaulan diri supaya tidak keterlaluan.

"Walaupun sangat berhati-hati, perkara sebegini (gosip dan cerita sensasi) tetap tak boleh dielak. Kalau nak kena, pasti akan dikaitkan juga.

"Kalau bukan saya yang lakukan. Punca itu, mungkin datang daripada pihak lain dan saya yang kena tempias itu," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu, pelakon drama "Cinta Belum Tamat Tempoh" itu meluahkan rasa kesal gara-gara sebuah syarikat penerbitan tersilap menggunakan gambarnya sehingga menimbulkan salah faham orang ramai.

(Sumber foto: Sissy Imann Instagram)

Cinema Online, 13 Jul 2020

Waktu Tayangan