Sooraj Pancholi nafi terbabit dengan kes kematian Disha Salian | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Sooraj Pancholi nafi terbabit dengan kes kematian Disha Salian

Penulis: Nisa Irina

Sooraj Pancholi nafi pernah bertemu dan mengenali Disha Salian.
Sooraj Pancholi nafi pernah bertemu dan mengenali Disha Salian.

8 Ogos – Aktor kontroversi Sooraj Pancholi menafikan namanya mempunyai kaitan dengan bekas pengurus selebriti Bollywood Disha Salian yang meninggal dunia pada 8 Jun lalu.

Ia susulan sebuah stesen televisyen India membuat laporan palsu bahawa Sooraj telah bertemu dengan Disha menerusi sekeping fotonya bersama seorang gadis yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sooraj yang berang dengan tindakan stesen televisyen itu menegaskan bahawa gadis di dalam foto itu bukanlah Disha, sebaliknya salah seorang rakannya bernama Anushri Gaur yang tidak menetap di India.

Selain itu, Sooraj turut menafikan spekulasi yang diperkatakan di media sosial, di mana dia menghadiri sebuah parti bersama Sushant Singh Rajput pada malam sebelum kematian aktor tersebut.

"Saya sedang cuba positif sekarang ini. Sekuat mana saya cuba bertahan, saya tidak berbincang perkara ini dengan keluarga saya kerana saya tahu mereka akan tertekan memikirkan saya setiap masa.

"Malah, ibu saya fikir yang saya ingin cederakan diri sendiri. Selepas kematian Sushant, dia sering menghubungi saya dan meminta saya berkongsikan apa-apa masalah saya kepada keluarga. Saya bukanlah seseorang yang bersikap terbuka.

"Saya cuba mengukuhkan nama dalam industri ini dan saya tidak mahu putus asa secepat mungkin kerana ini adalah impian dan minat saya. Saya telah bekerja keras untuk mencapai kehidupan saya sekarang," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Buat pengetahuan lanjut, aktor filem "Hero" itu mula menceburi industri Bollywood pada sedekad lalu, di mana dia bertindak sebagai penolong pengarah bagi filem "Guzaarish" dan filem Salman Khan "Ek Tha Tiger" (2012).

Dalam pada itu, Sooraj yang sebelum ini dituduh bersubahat atas kematian bekas kekasihnya yang juga aktres Jiah Khan, meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan berita-berita palsu mengenainya di media sosial.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Sooraj Pancholi Instagram)

Cinema Online, 08 Ogos 2020

Waktu Tayangan