"Syif Malam Raya", "Town Mall" & "Ada Apa Dengan Dosa" kembali ke pawagam | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Syif Malam Raya", "Town Mall" & "Ada Apa Dengan Dosa" kembali ke pawagam

Penulis: Ashraf Nasser

Mampukah ketiga-tiga filem ini meneruskan kecemerlangan mereka di Astro First ke pawagam?
Mampukah ketiga-tiga filem ini meneruskan kecemerlangan mereka di Astro First ke pawagam?

27 Jul – Bagi peminat yang tidak dapat menonton filem "Syif Malam Raya", "Ada Apa Dengan Dosa" dan "Town Mall" kerana tidak mempunyai televisyen satelit, Astro, bakal mempunyai peluang untuk menonton filem itu di pawagam tidak lama lagi.

Sebelum ini ketiga-tiga filem itu telah ditayangkan di saluran berbayar Astro First berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac lalu.

Bagaimanapun, selepas kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi, Astro Shaw mahu beri sokongan penuh kepada pihak pawagam dengan menayangkan semula ketiga-tiga filem mereka itu di pawagam.

Filem tempatan pertama yang akan ditayangkan di pawagam adalah "Syif Malam Raya" yang akan ditayangkan pada 30 Julai, diikuti dengan "Ada Apa Dengan Dosa" bermula 10 September dan "Town Mall" pada 1 Oktober.

"Apabila pihak kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai lalu, sudah tentu ia merupakan satu perkhabaran gembira. Sebagai tanda sokongan Astro kepada pawagam, kami bawakan khas tiga buah filem hebat untuk ditayangkan di layar perak.

"Ketiga-tiga filem berbeza genre ini telah mencetuskan fenomena apabila ia berjaya mengungguli kutipan tinggi di Carta Astro Frist. Kami yakin pasti ramai yang turut ingin menikmati keseronokkan rasa seram komedi "Syif Malam Raya", babak menyayat hati anak luar nikah dalam "Ada Apa Dengan Dosa" dan keseraman yang diinspirasi daripada kisah benar dalam "Town Mall".

"Oleh itu, kami ingin beri peluang buat penonton untuk merasai perspektif dan pengalaman sinematik yang berbeza di panggung wayang," ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Terdahulu filem "Syif Malam Raya" telah berjaya meraih kejayaan besar apabila mengutip lebih RM3 juta selepas 10 hari ditayangkan di Astro First dan ia merupakan satu pencapaian luar biasa bagi platform Astro First.

Jadi kepada anda yang tidak berpeluang untuk menonton ketiga-tiga filem ini di Astro First sebelum ini, jangan ketinggalan untuk menontonnya di pawagam terdekat anda dan jangan lupa untuk patuh pada prosedur operasi standard (SOP) pawagam ya!

Cinema Online, 27 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Syif Malam Raya (Malay) (30 Jul 2020) [Showtimes] [Trailers]
Town Mall (Malay) (01 Oct 2020) [Trailers]
Ada Apa Dengan Dosa (Malay) (10 Sep 2020)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan