Yuna sertai JLo dan Michael B Jordan untuk kempen Coach | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Yuna sertai JLo dan Michael B Jordan untuk kempen Coach

Penulis: Nisa Irina

Yuna teruja dapat sertai kempen Coach bersama JLo dan Michael B Jordan.
Yuna teruja dapat sertai kempen Coach bersama JLo dan Michael B Jordan.

27 Nov – Penyanyi Yuna melakar sejarah sendiri apabila diangkat sebagai wanita berhijab pertama dari Asia Tenggara untuk terlibat dengan kempen jenama fesyen mewah antarabangsa Coach.

Secara tidak langsung, nama Yuna diletakkan sebaris dengan nama-nama selebriti popular Hollywood seperti Jennifer Lopez, Michael B Jordan, Rickey Thompson dan Camila Morrone.

"Apabila seorang penulis majalah fesyen bertanya kepada saya apakah perasaan menjadi artis berhijab Asia Tenggara pertama yang ditampilkan dalam kempen fesyen global, saya rasa bagai waktu seakan terhenti.

"Saya sangat gembira dapat mewakili wanita-wanita di Asia Tenggara bersama Michael B Jordan dan kegemaran saya sepanjang masa, Jennifer Lopez," katanya.

Dedah pelantun lagu "Stay Where You Are" itu, keputusannya untuk mula berhijab pada usia 19 tahun bukanlah semata-mata untuk menarik perhatian mahupun menjual produk, tetapi untuk mengikut haluan sebenar.

Dalam pada itu, Yuna turut memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen tersebut, serta para peminat yang setia menyokongnya sejak hari pertama.

Buat makluman lanjut, ini bukanlah kali pertama Yuna menyertai kempen Coach, memandangkan pada Mac lalu dia tampil dalam kempen "Originals Go Their Own Way" juga bersama JLo dan Jordan.

(Sumber foto: Yuna & Coach Instagram)

Cinema Online, 27 Nov 2020

Waktu Tayangan