Zulin Aziz sedia jayakan watak berat pula | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zulin Aziz sedia jayakan watak berat pula

Penulis: Nisa Irina

Zulin Aziz dah bosan sering ditawarkan watak komedi hanya kerana pernah berbadan gempal.
Zulin Aziz dah bosan sering ditawarkan watak komedi hanya kerana pernah berbadan gempal.

5 Ogos – Setelah beberapa tahun tidak dilihat berlakon, kini pelakon dan pengacara popular Zulin Aziz bakal kembali di kaca televisyen dengan sebuah projek drama rantaian baru.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, sebab utama dia menolak tawaran-tawaran berlakon sebelum ini adalah kerana ingin memberi tumpuan terhadap penurunan berat badan.

"Selama lebih setahun, saya asyik menolak tawaran kerana mahu turunkan berat badan. Sekarang, tawaran itu sendiri datang tanpa saya jangka dan semestinya memang sangat bersyukur.

"Akhirnya, kini saya dapat juga satu watak berat yang tak pernah dilakonkan sebelum ini tidak lama lagi. Ia memang bakal menuntut emosi yang cukup sarat untuk disalurkan.

"Memang seronok apabila dapat kembalikan keyakinan diri untuk berani menggalas watak baru. Bagi saya, perkembangan sebeginilah yang cukup menyemarakkan semangat sebagai pelakon," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Zulin lagi, ianya sedikit sebanyak membuka minda orang ramai terutamanya pihak produksi yang sebelumnya kurang memberi kepercayaan kepada dirinya untuk menjayakan watak utama.

Pelakon filem "Minah Moto" itu mendedahkan sebelum ini dia sering berdepan stereotaip apabila ditawarkan watak-watak berupa komedi hanya kerana berbadan gempal.

Terdahulu, Zulin telah ditawarkan untuk membintangi sebuah filem Tamil selepas video parodi Hindustan yang dimuat naik di Twitter miliknya tular di media sosial sehingga mendapat perhatian aktor Arjun Rampal.

(Sumber foto: Zulin Aziz Instagram)

Cinema Online, 05 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Minahmoto (Malay) (26 Jun 2017)
Bo-Peng (Malay) (22 Dec 2016)


Waktu Tayangan