Katrina Kaif dan Vijay Sethupati akan disatukan dalam filem Sriram Raghavan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Katrina Kaif dan Vijay Sethupati akan disatukan dalam filem Sriram Raghavan

Penulis: Nisa Irina

Ini merupakan gandingan pertama Katrina Kaif dan Vijay Sethupathi.
Ini merupakan gandingan pertama Katrina Kaif dan Vijay Sethupathi.

13 Jan – Setelah menunda projek filem berbajet besar "Ekkis", pengarah Sriram Raghavan membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada filem terbarunya bersama bintang Bollywood Katrina Kaif.

Memetik laporan dari Filemfare, Katrina akan digandingkan dengan 'superstar' industri filem India Selatan Vijay Sethupathi sebagai pasangan kekasih.

Jika Sriram sudah memuktamadkan keputusannya, maka filem yang belum diberi judul itu akan menjadi sebuah filem besar memandangkan terdapat dua bintang terkenal yang digandingkan.

Bagaimanapun, buat masa ini Sriram atau kedua-dua bintang filem berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun pengumuman rasmi.

Terdahulu, Vijay sepatutnya membuat debut di Bollywood menerusi filem Aamir Khan, "Laal Singh Chaddha", namun dia telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Beralih ke perkembangan lain, Katrina bakal dilihat menerusi filem komedi seram "Phone Boot" bersama Siddhant Chaturvedi dan Ishaan Khatter, serta sebuah projek filem baru bersama pengarah Ali Abbas Zafar.

Sementara itu, Vijay pula sedang menantikan tayangan filem "Master" yang kini dinanti-nantikan oleh para peminat dari seluruh dunia.

(Sumber foto: India New England & India Glitz)

Cinema Online, 13 Jan 2021

Waktu Tayangan