Finn (EUFF)

Selepas kehilangan ibunya, seorang budak lelaki berusia 9 tahun, Finn, tinggal dengan bapanya yang merupakan seorang tukang kayu. Finn mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik tetapi bapanya mahu dia bermain bola sepak seperti budak-budak lain yang sebaya dengannya. Satu hari, Finn telah ke sebuah ladang terbiar dan bertemu dengan seorang lelaki tua yang bermain biola dengan begitu merdu sekali, dia nyata terpesona dengan alunan muzik itu. Setiap hari, Finn secara rahsia telah pergi ke ladang itu untuk berlatih biola sementara bapanya fikir dia pergi ke latihan bola sepak.

Bahasa: Dutch
Sarikata: English
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2016
Genre: Kekeluargaan
Durasi: 90 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Mels van der Hoeven, Daan Schuurmans, Hanna Verboom, Jan Decleir
Pengarah: Frans Weisz
Format: 2D