The Adventures Of Tyrano Boy (JFF)

Sekuel kepada "You Are Umasou" yang diadaptasi dari siri buku popular di Jepun nukilan Tatsuya Miyanishi. Ia mengisahkan tentang bayi Tyrannosaurus, Toron, yang kehilangan ibunya Sera dan bapanya Zesta. Tinggal keseorangan, Toron telah mengembara untuk mencari kedua ibu bapanya dan sepanjang pengembaraannya dia telah bertemu dengan banyak kawan baru dan belajar mengenai kekuatan sebenar dan keberanian serta makna sebenar kasih sayang.

Bahasa: Japanese
Sarikata: NA
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 10 September 2015
Genre: Animasi
Durasi: 82 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer, GSC Movies
Pelakon: Marina Watanabe, Kappei Yamaguchi, Kentaro Hayami
Pengarah: Choi Kyung-Seok
Format: 2D