The King Of Pigs (KFF)

Selepas jatuh muflis, seorang lelaki berusia 30an bernama Kyung-min telah membunuh isterinya. Dia kemudian mencari rakan sekolahnya, Jong-suk, seorang penulis yang mempunyai impian untuk menulis novelnya sendiri. Buat pertama kali selepas 15 tahun mereka bertemu. Kyung-min dan Jong-suk masing-masing menyembunyikan keadaan mereka dan mula bercakap mengenai masa lampau. Ketika di sekolah, mereka sering dipanggil 'khinzir' dan sering dibuli oleh kelas atas yang digelar 'anjing'. Walaupun berang apabila dipanggil 'khinzir', mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Kemudian muncul 'King of Pigs' - Kim Chul, dan kedua-dua mereka mula bergantung kepadanya. Jong-suk kemudian mendedahkan perkara yang mengejutkan tentang apa yang berlaku kepada Kim-Chul 15 tahun lalu.

Bahasa: Korean
Sarikata: NA
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre:
Durasi: 97 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Yang Ik-June, Kim Kkobbi, Oh Jung-Se
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D