Blindly In Love (JFF)

Kentaro, 35 tahun, tidak pernah mempunyai teman wanita dalam hidupnya. Dia tinggal dengan ibu bapanya dan mempunyai kerja biasa di dewan bandaraya. Kentaro tidak mempunyai kawan. Ibu bapanya yang risau akan anak mereka telah pergi ke satu acara mencari jodoh dengan harapan dapat mencari seorang wanita untuk Kentaro. Ketika acara itu, ibu bapa Kentora hanya disapa oleh Akita Imai dan isterinya. Mereka bertukar profil anak masing-masing. Ibu bapa Kentaro kagum dengan kejelitaan Naoko. Selepas melihat profil Kentaro, Akita Imai yang merupakan seorang presiden syarikat tidak kagum dengannya. Pasangan suami isteri Imai kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa Kentaro, tanpa memberitahu bahawa Naoko sebenarnya buta.

Bahasa: Japanese
Sarikata: NA
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 September 2015
Genre: Drama
Durasi: 117 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Gen Hoshino, Kaho, Sei Hiraizumi, Ryoko Moriyama
Pengarah: Masahide Ichii
Format: 2D