Carte Blanche (EUFF)

Kacper, seorang guru sejarah di sekolah tinggi, mendapati dirinya perlahan-lahan kehilangan penglihatan. Menurut pemeriksaan kesihatan, ia terjadi kerana masalah genetik, peluang untuknya menjadi buta sangat tinggi. Walaupun dia patah semangat pada mulanya, dia kemudian ambil keputusan untuk merahsiakan keadaannya daripada pihak atasan supaya dia dapat mengekalkan kerja impiannya dan membantu pelajar-pelajarnya untuk peperiksaan akhir. Satu-satunya orang yang tahu akan keadaannya adalah rakan baiknya Wiktor. Ketika dia sedang melawan takdir, Kacper mula rapat dengan rakan sekerja Ewa, dan pada masa sama cuba membantu seorang pelajar bermasalah bernama Klara, yang juga menyembunyi rahsianya sendiri.

Bahasa: Polish
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2016
Genre:
Durasi: 104 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Andrzej Chyra, Urszula Grabowska, Arkadiusz Jakubik
Pengarah: Jacek Lusinski
Format: 2D