Creepy (JFF)

Selepas terselamat daripada kematian, Takakura berhenti kerja sebagai detektif polis dan memulakan hidup baru sebagai pensyarah psikologi. Bagaimanapun, dia menerima permintaan daripada bekas rakan kerjanya, Nogami, untuk membantu menyiasat kes yang sudah enam tahun tidak selesai iaitu membabitkan kehilangan sebuah keluarga. Sementara itu, Takukara dan isterinya telah berpindah ke kejiranan baru. Salah seorang jiran mereka, Nishino, mempunyai isteri yang sedang sakit dan anak perempuan bernama Mio. Takakura mula menyiasat kes tersebut tetapi perkara aneh berlaku apabila satu hari Mio melawat rumahnya dan memberitahu yang lelaki di rumahnya bukan ayahnya dan dia tidak tahu siapa lelaki itu.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Ngeri
Durasi: 130 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Hidetoshi Nishijima, Yuko Takeuchi, Teruyuki Kagawa
Pengarah: Kiyoshi Kurosawa
Format: 2D