After The Storm (JFF)

Ryota adalah seorang penulis tidak popular walaupun dia pernah memenangi anugerah 15 tahun lalu. Sekarang, Ryota bekerja sebagai penyiasat persendirian. Dia telah bercerai dengan bekas isterinya Kyoko dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun, Shingo. Ibunya Yoshiko tinggal berseorangan di sebuah apartment. Satu hari, Ryota, bekas isterinya dan anak mereka telah berkumpul di apartment Yoshiko. Ketika itu ribut taufan telah melanda dan mereka harus tinggal di situ sepanjang malam.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Drama
Durasi: 117 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Hiroshi Abe, Kirin Kiki, Yoko Maki, Taiyo Yoshizawa
Pengarah: Hirokazu Koreeda
Format: 2D