Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections (JFF)

Ia adalah sebuah filem yang menampilkan tiga cerita berbeza daripada tiga pengarah iaitu Brillante Ma Mendoza, Isao Yukisada dan Sotho Kulikar. Dalam cerita "SHINIUMA Dead Horse", seorang pendatang haram Filipina telah dipaksa untuk memulakan hidup baru di tanah airnya selepas berdekad lama tidak pulang. Filem kedua "Pigeon" pula berlatarkan di Penang, Malaysia dan mengisahkan tentang hubungan antara seorang wanita penjaga dan seorang lelaki tua warga Jepun yang mengidap dementia. Manakala cerita ketiga "Beyond The Bridge" berlatarkan perang sivil dan memaparkan tentang kisah cinta pasangan Jepun-Kemboja.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 September 2017
Genre: Drama
Durasi: 118 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Lou Veloso, Masahiko Tsugawa, Sharifah Amani, Masatoshi Nagase, Masaya Kato, Chumvan Sodhachivy, Osamu Shigematsu
Pengarah: Brillante Ma Mendoza
Format: 2D