Weit: The Story Of A Journey Around The World (EFF)

Filem dokumentari ini mengisahkan pasangan pembikin filem dari Jerman, Patrick Allgaier dan Gwendolin Weisser, mengembara secara tumpang ke serata dunia. Pengembaraan mereka memakan masa selama tiga tahun setengah, cukup untuk menambah ahli baru dalam keluarga, iaitu bayi mereka yang turut dibawa mengembara bersama. Bagi mengekalkan bajet yang rendah, mereka langsung tidak menaiki penerbangan sepanjang pengembaraan tersebut.

Bahasa: English / Russian / Arabic / German / Spanish
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2020
Genre: Dokumentari
Durasi: 127 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon:
Pengarah: Gwendolin Weisser, Patrick Allgaier
Format: 2D