The Other Side Of Hope (EFF)

Wikström adalah bekas penjual baju yang merantau, dan kini dia seorang pemilik restoran selepas berpisah dengan isterinya, seorang kaki botol. Sementara itu, Khaled adalah seorang pencari suaka yang tiba di Finland di dalam kontena arang batu. Pertemuan antara Finn yang lebih berusia dan lelaki Syria muda itu telah menjalin ikatan persahabatan tanpa disangka sesama mereka, dan kini kedua-duanya saling membantu untuk mengharungi kehidupan baru dalam dua dunia berbeza.

Bahasa: English / Arabic / Finnish / Japanese / Swedish
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2020
Genre:
Durasi: 100 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Sherwan Haji, Sakari Kuosmanen, Ilkka Koivula
Pengarah: Aki Kaurismäki
Format: 2D