Best Story

Ia sebuah filem koleksi cerita yang memberi fokus kepada beberapa orang dan pengajaran yang dipelajari mereka dalam hidup. Cerita pertama berkisarkan tentang Chen Yao Zu, seorang tidak berguna yang merancang untuk membunuh seorang lelaki bernama Darren supaya dapat mengubah nasibnya. Cerita kedua mengenai seorang penulis skrip Huang Xun Wen yang mendapat bantuan daripada seorang gadis optimistik Le Le untuk menyiapkan skripnya. Cerita ketiga, Kang Jing kembali pulang ke rumah untuk majlis pengebumian tetapi kakaknya tidak suka berikutan dia lama meninggalkan rumah. Aktiviti paranormal sering berlaku dalam rumah dan akhirnya rahsia terbongkar.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2018
Genre:
Durasi: 90 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Jack Lim, Jack Yap, Eric Lin, Yoke Chen, Wayne Cai, Jane Ng
Pengarah: Teddy Chin, JY Teng, Eden Wan
Format: 2D