Born Bone Born (JFF)

Takashi pulang ke kampung halamannya di pulau Aguni, Okinawa, untuk upacara Senkotsu ibunya. Bapanya Nobutsuna hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Takashi menyalahkan bapanya atas kematian ibunya berikutan ibunya terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang syarikat Nobutsuna. Takashi juga marah dengan adiknya Yuko yang kini sarat mengandung walaupun tidak bersuami. Keluarga ini berada dalam keadaan kekok walaupun hari untuk upacara Senkotsu si ibu semakin hampir.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 September 2018
Genre:
Durasi: 111 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Eiji Okuda, Michitaka Tsutsui, Ayame Misaki, Yoko Oshima
Pengarah: Toshiyuki Teruya
Format: 2D