3ft Ball And Souls (JFF)

Seorang lelaki pertengahan usia, Happa, pergi ke sebuah kabin di pedalaman, membawa bersamanya bola bunga api berukuran 3 kaki. Dia mempunyai rancangan untuk membunuh diri bersama dengan rakan-rakan dari ruang sembang internet bunuh diri yang dipanggil "Life Club". Ahli lain datang seorang demi seorang tetapi mereka terkejut melihat orang terakhir, iaitu pelajar sekolah tinggi perempuan, Tsukiko. Mereka cuba meyakinkan dia supaya tidak membunuh diri. Tsukiko menjadi marah dan menekan butang untuk menghidupkan bunga api. Happa kemudian menyedari yang dia berada dalam bilik sama pada hari sama. Setiap kali mereka cuba tetapi gagal untuk selamatkan Tsukiko, mereka kembali pada permulaan.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 September 2018
Genre: Drama
Durasi: 93 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Honoka Murakami, Minehiro Kinomoto, Kanji Tsuda, Shinobu Tsuji
Pengarah: Yoshio Kato
Format: 2D