More Than Blue

Filem ini adalah 'remake' filem Korea pada tahun 2009 dengan judul sama. Cream dan K berkawan sejak sekolah tinggi lagi. Beberapa tahun kemudian, mereka tinggal bersama tetapi bukan sebagai pasangan kekasih. K telah disahkan mengidap leukemia tetapi dia tidak sampai hati hendak beritahu Cream, yang mana dia menaruh perasaan terhadap wanita itu, kerana bimbang akan membuatkan Cream terluka. Cream kemudian mula menjalin hubungan dengan lelaki lain dan menerima lamaran kekasihnya tanpa mengetahui apa yang disembunyikan oleh K.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Disember 2018
Genre:
Durasi: 107 Minit
Pengedar: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD
Pelakon: Jasper Liu, Ivy Chen, Bryan Chang Shu-Hao, Annie Chen
Pengarah: Gavin Lin
Format: 2D