Top Gun: Maverick

Setelah lebih tiga dekad berkhidmat sebagai salah seorang juruterbang U.S Navy, Kapten Pete "Maverick" Mitchell kini merupakan seorang mentor penerbangan yang mendapati dirinya melatih sekumpulan generasi baru Top Gun untuk menyertai sebuah misi khas. Di situ dia bertemu dengan Lt. Bradley Bradshaw, yang juga dikenali sebagai "Rooster", iaitu anak kepada "Goose" yang juga bekas rakan Maverick, Lt. Nick Bradshaw. Maverick turut mendapati dirinya perlu berdepan dengan ketakutannya, yang akhirnya membawanya dalam sebuah misi yang memerlukan juruterbang yang terpilih untuk melakukan pengorbanan terbesar.

Bahasa: English
Sarikata: Chinese
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2020
Genre:
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris
Pengarah: Joseph Kosinski
Format: 2D