It: Chapter Two

Ia adalah kesinambungan dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers' Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali. Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre:
Durasi: 165 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean, Bill SkarsgÄrd
Pengarah: Andy Muschietti
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX, 2D ScreenX