The Closet

Sang-Won berpindah ke rumah baru dengan anak perempuannya Yi-Na, bagi cuba memperbaiki hubungan mereka yang semakin janggal selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Namun, usahanya untuk mendekati Yi-Na tidak semudah yang disangka. Dia kemudian melihat Yi-Na semakin ceria, anaknya itu memberitahunya bahawa dia mempunyai rakan baru, tetapi dia juga mula mendapati kelakuan Yi-Na semakin pelik dan mendengar bunyi-bunyi aneh dari almari Yi-Na. Suatu hari, Sang-Won mendapati anaknya telah hilang. Dalam pada dia cuba mencari anaknya itu, seorang lelaki misteri bernama Kyung-Hoon muncul untuk memberi pertolongan dan memberitahu bahawa anaknya berada di dalam almari.

Bahasa: Korean
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2020
Genre: Seram
Durasi: 99 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Kim Nam-Gil, Ha Jung-Woo, Heo Yool
Pengarah: Kim Kwang-Bin
Format: 2D