The Clock: Spirits Awakening

Cheata seorang gadis yang kini tinggal bersama bapa dan ibu tirinya, selepas ibu kandungnya pergi meninggalkan keluarganya. Namun nasibnya malang apabila setiap hari dia didera oleh ibu tirinya secara mental dan fizikal, sehingga menyebabkan gadis itu mengalami kemurungan. Gambar dan nyanyian ibunya yang didengar setiap malam tidak mampu menenangkan hatinya. Gadis lemah yang dahagakan kasih sayang ibu kandungnya itu akhirnya dikawal oleh roh wanita Perancis yang tinggal dalam sebuah jam. Wanita Perancis itu telah membunuh diri pada tahun 1940 selepas kematian teman lelakinya, seorang jurutera jam. Kejadian itu berlaku selepas wanita itu mendengar sebuah lagu berhantu berjudul "Gloomy Sunday", yang turut menyebabkan kes bunuh diri meningkat pada waktu itu. Roh wanita yang tidak tenteram itu dikatakan mencari mangsa-mangsa yang mengalami kemurungan untuk membantu menunaikan hajat mereka.

Bahasa: Khmer / French
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2020
Genre:
Durasi: 118 Minit
Pengedar: MM2 Entertainment
Pelakon: Sorn Piseth, Nov Dana, Khul Samanta, Yem Srey, Charlotte Van Hollekebe
Pengarah: Leak Lyda
Format: 2D