Zeta: When The Dead Awaken

Setelah melihat seorang pelajar menggigit leher seorang jururawat secara tiba-tiba, Deon menyedari serangan zombi sedang merebak. Dia bergegas pulang untuk melindungi ibunya yang menghidap Alzheimer, namun kedua beranak itu terperangkap dalam pangsapuri mereka sendiri setelah penduduk lain melarikan diri atau bertukar menjadi zombi. Ketika Deon cuba menghalang zombi-zombi itu daripada menyerang kediamannya, dia telah menerima pertolongan yang tidak dijangka. Rupa-rupanya, bapanya, Dr. Richard, mempunyai penawar virus yang berpunca dari sejenis parasit amoeba bergelar Naegleria-ross zeta itu dan ia disimpan di pangsapuri tersebut. Untuk mendapatkan penawar itu, Kolonel Vito menghantar pasukannya ke pangsapuri itu, dengan sekumpulan pembunuh zombi digelar Blue River.

Bahasa: Indonesian
Sarikata: NA
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2020
Genre: Seram
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures, Horizon Film Entertainment
Pelakon: Cut Mini Theo, Jeff Smith, Dimas Aditya, Edo Borne
Pengarah: Amanda Iswan
Format: 2D