Jacob, Mimmi And The Talking Dogs (EFF)

Jacob menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya seperti bapanya. Ketika bapanya pergi bekerja, dia banyak meluangkan masa dengan berkhayal dan melukis struktur-struktur bangunan. Suatu hari, dia telah dihantar untuk tinggal bersama sepupunya yang suka mengarah, Mimmi, dan pakciknya Eagle, bekas lanun di Maskachka, Riga, selama seminggu memandangkan bapanya perlu ke luar daerah untuk bekerja. Apabila mendapat tahu bahawa seorang ahli perniagaan yang tamak ingin membina sebuah bangunan pencakar langit di sebuah taman di sana, Jacob dan Mimmi nekad untuk menghentikan projek pembinaan tersebut. Untuk itu, mereka cuba mendapatkan bantuan daripada sekumpulan anjing yang boleh bercakap.

Bahasa: Latvian
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2020
Genre: Animasi
Durasi: 70 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Eduards Olekts, Nora Džuma, Andris Keišs, Kaspars Znotinš
Pengarah: Edmunds Jansons
Format: 2D