Minions: The Rise Of Gru

Sekuel kepada filem "Minions" (2015) ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an. Gru bercadang untuk menyertai kumpulan penjahat terkenal yang diminatinya, Vicious 6, apabila mendapat tahu ketua mereka, Wild Knuckles, telah digugurkan dari kumpulan itu. Dengan bantuan pengikutnya Kevin, Stuart, Bob dan Otto, Gru berjaya membina sarang penjahat mereka lengkap dengan senjata-senjata baru. Bukan sahaja tidak diterima untuk menyertai Vicious 6, malah kepintaran Gru adalah punca dia kini menjadi musuh utama kumpulan penjahat itu. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain meminta tunjuk ajar dan bantuan daripada Wild Knuckles sendiri untuk berlawan dengan mereka.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 1 Julai 2021
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Steve Carell, Taraji P. Henson, Michelle Yeoh, RZA, Jean-Claude Van Damme, Lucy Lawless, Dolph Lundgren, Danny Trejo, Russell Brand, Julie Andrews, Alan Arkin
Pengarah: Kyle Balda
Format: 2D