The Invisible Man

Dengan bantuan adiknya serta rakan mereka sejak kecil, Cecilia Kass menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2020
Genre: Ngeri
Durasi: 125 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Elisabeth Moss, Oliver Jackson-Cohen, Aldis Hodge, Storm Reid, Harriet Dyer
Pengarah: Leigh Whannell
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS