I Still Believe

Sebuah filem biografi yang sama judul dengan sebuah lagu nyanyian bintang muzik Kristian, Jeremy Camp, yang memaparkan kisah cinta bersama isteri pertamanya, Melissa. Biarpun menyedari hidup Melissa tidak lama kerana menghidap kanser ovari, Jeremy masih nekad untuk mengahwininya. Melissa meninggal dunia selepas empat bulan setelah mereka berkahwin. Filem ini turut menceritakan kehidupan Jeremy ketika remaja, perjalanannya sebagai seorang penyanyi terkenal dan pertemuan dengan isteri keduanya, Adrienne.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2020
Genre:
Durasi: 116 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: KJ Apa, Britt Robertson, Melissa Roxburgh, Shania Twain, Gary Sinise
Pengarah: Andrew Erwin, Jon Erwin
Format: