Town Mall

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun. Kini, sebuah syarikat pemaju hartanah tempatan merancang untuk membina semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu, dengan harapan untuk menjadikannya sebuah pusat beli belah terkenal di Seremban. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu, walaupun dia berasa ragu-ragu untuk mengambil alih projek berkenaan apabila memikirkan kejadian-kejadian yang berlaku sedekad lalu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula. Apabila Rusdi mula merasai sendiri gangguan itu, isterinya Maria turut diganggu hantu wanita bernama Akma.

Bahasa: Malay
Sarikata: English
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2020
Genre:
Durasi: 86 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Jalaluddin Hassan
Pengarah: Eizlan Yusof
Format: 2D