A.I. Amok

Berlatarbelakangkan tahun 2030 di Jepun, di mana kepintaran buatan (AI) digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk bidang perubatan, kewangan dan keselamatan. Saintis pintar Kosuke Kiryu telah mencipta sebuah sistem AI untuk digunakan bagi tujuan perubatan. Namun ciptaannya tidak diterima pihak kerajaan memandangkan tiada bidang kuasa yang berkaitan, menyebabkan dia gagal menyelamatkan isterinya yang sakit tenat. Dia membuat keputusan untuk bersara dan meninggalkan Jepun selepas kematian isterinya. Beberapa tahun berlalu dan ciptaannya akhirnya diiktiraf dan digelar NOZOMI, yang mana ia berjaya menyelamatkan orang ramai. Bagaimanapun, apabila dia bersedia untuk pulang ke Jepun, selepas dihubungi abang iparnya, yang juga rakan penyelidikannya, ciptaan Kosuke mula hilang kawalan dan memilih orang untuk dibunuh. Dituduh sebagai pengganas, kini Kosuke perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan ciptaanya sebelum ia mula membunuh.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 September 2020
Genre:
Durasi: 132 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Takao Osawa, Kento Kaku, Alice Hirose, Takanori Iwata, Masahiro Takashima
Pengarah: Yu Irie
Format: 2D