In My Heart

Pada suatu malam, adik beradik Ah Le dan Ah Yuan yang menggemari muzik memecah masuk ke auditorium sekolah untuk bermain sebuah piano yang mahal. Walaupun mereka berjaya mengalih perhatian pengawal keselamatan dengan muzik mereka, sebuah kemalangan serius berlaku ketika mereka cuba melarikan diri. Ah Yuan koma, membuatkan Ah Le rasa bersalah sehingga dia berhenti bermain muzik. Selepas Ah Le menyambung pengajian ke universiti, dia mula berkawan dan jatuh hati dengan seorang gadis 'punk' yang pelik dengan nama samaran Monster. Dia juga berkawan dengan rakan sebiliknya, seorang pemuzik bernama Mr. Car. Kehidupan Ah Le berubah selepas dia bertemu mereka dan ini mengembalikan impiannya yang tersimpan lama serta kasih sayangnya terhadap adik dan ibu bapanya.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 September 2020
Genre:
Durasi: 105 Minit
Pengedar: MM2 Entertainment
Pelakon: Charles Tu, Yuan Teng, Zen Wong
Pengarah: Teddy Chin
Format: 2D