Demon Slayer - Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train

Filem ini merupakan sekuel kepada filem siri animasi TV "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba" (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru. Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English / Chinese
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 1 Januari 1901
Genre: Anime
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Natsuki Hanae, Akari Kito, Hiro Shimono, Yoshitsugu Matsuoka, Satoshi Hino, Daisuke Hirakawa
Pengarah: Haruo Sotozaki
Format: 2D